Belajar DevOps: Simple CD menggunakan Github Action

    Tutorial dibawah ini adalah cara saya mengemaskini halaman landing page farizizwan.com dengan mengautomasikan deployment source code terbaru menggunakan Github Action.

    Ia adalah simple CD pipeline dimana ia cuma akan melakukan action berikut:

    • Akses ke server farizizwan.com yang di host di AWS Lightsail menggunakan SSH protocol.
    • Melakukan git pull untuk mengemaskini source code.

    Script ditulis didalam YML format seperti dibawah

    name: CICD
    
    on: [push,pull_request]
    jobs:
      push:
        runs-on: ubuntu-latest
        steps:
          ##########################################
          #
          #  Update source code on farizizwan.com server
          #
          ##########################################
          - name: Git pull
            uses: fifsky/[email protected]
            with:
              command: |
                cd /home/public_html/farizizwan.com/ && git pull origin master
              host: ${{ secrets.HOST }}
              user: ${{ secrets.USER }}
              key: ${{ secrets.PRIVATE_KEY }}

    Gist: https://gist.github.com/malikperang/cf3b7481cd512e4f73ea02e70fee3db4

    Contoh Deployment Script 1


    Untuk menetapkan / menambah Action Secret pergi ke https://github.com/<nama_repo_anda>/settings/secrets/actions

    secret

    Memahami Github Action Syntax pada YML script

    on = script secara automatik akan running apabila ia mengesan action push atau pull request seperti yang dinyatakan.
    jobs = ini adalah pipeline yang akan menjalankan kerja-kerja yang kita nyatakan.Ia akan running secara parallel atau sequential.

    contoh anda akan mempunyai kerja-kerja Unit Test didalam CI pipeline, anda boleh buat begini

    Sequential
    jobs:
                unit_test:
                    - name: Checkout Source Code
                    - name: Running Unit Test Integration
                deploy_to_staging:
                    - name: Checkout Source Code
                    - name: Deploy to Staging Server
              deploy_to_production:
                    - name: Checkout Source Code
                    - name: Deploy to Production Server
    Parallel
    jobs:
                main_step:
                    - name: Checkout Source Code
                  - name: Running Unit Test Integration
                    - name: Deploy to Staging
                    - name: Deploy to Production


    jobs.runs-on: Untuk menyatakan OS pilihan apa yang perlu menjalankan Github Action ini. Ia adalah seperti sebuah VM sementara atau runtime sementara yang akan menjalankan kesemua Jobs yang anda nyatakan dalam Github Action script. Jadual dibawah menunjukkan list OS dan mesin yang ditawarkan oleh Github. Anda juga boleh menggunakan server anda sendiri sebagai build runtime. Ia adalah seperti [https://docs.microsoft.com/en-us/azure/devops/pipelines/agents/agents?view=azure-devops&tabs=browser](Azure DevOps Pipeline Agents).
    list_agent
    steps: Untuk menjalankan tugas-tugas dibawah setiap Jobs yang dicipta. Ia akan berjalan secara sequential.
    steps.name : Nama Step.
    steps.uses: Anda juga boleh menggunakan semula script-script yang ada didalam Github Marketplace. Seperti contoh diatas saya menggunakan semula script daripada fifsky/ssh-action.
    steps.with: Nyatakan parameter yang anda perlu pass pada Step yang dijalankan. Seperti Contoh Deployment Script 1 diatas, saya perlu pass tiga parameter untuk step Git pull yang menggunakan fifsky/ssh-action script iaitu host,user,key. Key adalah Private Key untuk kegunaan akses melalui SSH. Rujuk nota diatas cara untuk menambah secret ini. Manakala command pula adalah command yang anda mahu jalankan setelah berjaya akses ke deployment server.

    Ringkasan kelebihan menggunakan Github Action

    Saya menggunakan Github Action ini kerana repositori farizizwan.com berada di Github. Memandangkan spesifikasi server adalah minimum jadi saya berkeputusan untuk tidak membuang masa menggunakan Jenkins kerana untuk farizizwan.com hanyalah static HTML landing page dan memerlukan kerja-kerja integrasi yang minimum,justeru saya dapat jimat lebih banyak masa disini.

    Ini sahaja perkongsian kali ini, saya akan kongsikan bagaimana hendak menggunakan Azure DevOps Pipeline pula dimasa akan datang.

    Sekian,
    Terima Kasih
    Fariz Izwan Kamaruzzaman
    3 March 2021

    Rujukan:
    https://docs.github.com/en/rest/reference/actions

    Copyright © 2020